Thursday, August 18, 2011

HATI TENANG DARI KERIBUTAN


SALAM RAMADHAN
Selasa lepas lebih kurang jam 1pm aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari mak di kampungku di Kampung Mensudut Lama Segamat.Berita menyatakan bapaku en Idris Arip sekali lagi mengalami kesakitan akibat tidak mampu membuang air kecil.Mengidap BPH (Benign Prostat Hyperthropy) sejak 3 tahun lalu.Bergantung untuk buang air kecil kepada penggunaan CBD (chateter in situ atau folley chateter).Bergegas aku pulang jam 1 itu juga walaupun terpaksa meninggalkan tugasan di klinik.
Sampai di rumah ku lihat wajah sedih mak dan keperitan abah.Tidak mahu bertangguh lagi segera ku minta kedua mereka bersiap ke hospital.Abah ni bila dah sakit bawaklah kemana pun boleh saja.Kalau dah elok tak maunya dia ke hospital.sesampainya kami di Hospital Jempol abah ku bawa berbaring di katil.Dr SJ memeriksa keadaan bapa dan menyatakan terdapat seperti crystal pada belon chateter itu.Seperti yang ku jangka.Beliau menyatakan kepada abah bahawa dia perlu di rujuk ke HTAN di Kuala Pilah.
Redha ajelah.2 hari di kuala pilah...kesian tengok mak yang sabar menemani abah.Kami adik beradik datang kesemuanya melawat bapa.Terpaksa aku bercuti bagi membantu menguruskan abah.Walaupun terdapat sedikit kelewatan dari team kuala pilah.aku tak kisah kerana memahami keadaan mereka yang sama juga seperti diri aku ini.Terima kasih kepada layanan baik dan rawatan yang di terima sepanjang abah di wad 7 katil 12 HTAN.
Malam tadi barulah abah boleh tidur lena setelah chateter berjaya di keluarkan dan di ganti yang baru.Petang tadi lepas mengirim hehehe abag kepada along aku bolehlah sedikit menarik nafas lega..Sekian dulu nak menyambung keenakan tidooooo...

diri saya

BSJ, negeri sembilan darul khusus, Malaysia
diriku adalah insan biasa yang sama-sama bermusafir di alam ciptaan Ilahi