assalamualaikum hai apa khabar lama dah tak menulis maklumlah sibuk dengan tugasan harian dan famili.Dah bulan julai dah tak lama lagi nak ke bulan puasa.Kami tak sabar menunggu time datangnya bulan yang mulia itu.Bukan apa time bulan puasa itu nanti pelbagai macam dugaan dari Allah yang Satu kepada hambaNYA yang lemah dapat kita saksikan.Ada saja cara dan helah dapat dilihat untuk mengelakkan dari berpuasa.Emm apalah salahnya bukan lama pun itupun hanya di siang hari sahaja.Mlm tu penuhilah waktu dengan memperbanyakkan amal ye tak.Moga-moga tahun ni dapatlah berterawih penuh.Tapi dah tugas nak buat camner.Dua-dua pun perlu dicari dunia dan akhirat perlu seimbang juga kan.Isteri tiap-tiap sahur bangun kejut kami anak beranak.Adoii malasnya nak bangun sahurkan..Tapi kesian lak kat wife penat dia bangun buatlah apa yang ada janji ada yang masuk ke perut udahlah ye.Emm saya sekeluarga menanti kehadiran ramadhan ini walau kata org jauh lagi tapi auranya sudah terasa..jumpa lagi tetiba idea menulis takde pulak.Wassalam
memberikan kata-kata penuh jujur dari seorang insan yang lemah di muka bumi milikNYA
Tuesday, July 20, 2010
assalamualaikum hai apa khabar lama dah tak menulis maklumlah sibuk dengan tugasan harian dan famili.Dah bulan julai dah tak lama lagi nak ke bulan puasa.Kami tak sabar menunggu time datangnya bulan yang mulia itu.Bukan apa time bulan puasa itu nanti pelbagai macam dugaan dari Allah yang Satu kepada hambaNYA yang lemah dapat kita saksikan.Ada saja cara dan helah dapat dilihat untuk mengelakkan dari berpuasa.Emm apalah salahnya bukan lama pun itupun hanya di siang hari sahaja.Mlm tu penuhilah waktu dengan memperbanyakkan amal ye tak.Moga-moga tahun ni dapatlah berterawih penuh.Tapi dah tugas nak buat camner.Dua-dua pun perlu dicari dunia dan akhirat perlu seimbang juga kan.Isteri tiap-tiap sahur bangun kejut kami anak beranak.Adoii malasnya nak bangun sahurkan..Tapi kesian lak kat wife penat dia bangun buatlah apa yang ada janji ada yang masuk ke perut udahlah ye.Emm saya sekeluarga menanti kehadiran ramadhan ini walau kata org jauh lagi tapi auranya sudah terasa..jumpa lagi tetiba idea menulis takde pulak.Wassalam
Tuesday, July 13, 2010
CerTa MiNGgu inni
Salam...dah hari rabu dah....cepatnya masa ni berlalu dah pertengahan bulan julai tak lama lagi bulan ogos.Dalam bulan ogos ni bulan ramadhan pun menjelma.Uiii masa la ni makin cepat berlalu.Bukan je masa tapi usia dan urusan kita pun rasa cepat tika dan waktunya.Emm takleh nak tidurlah malam tadi pun tak lena sangat...maklumlah bertugas waktu malam.Bidang perkhidmatan perubatan ni mencabar minda juga fizikal.Apa nak buat dah tugas ye tak..Emm minggu ni cadangnya nak travel lagi kemana arah nak di tuju tu belum pasti lagi ada banyak tempat pilihan..Anak saya dah rindu kat melaka..salah satu tempat planning nak di tuju tapi ada banyak masa lagi.Rakan-rakan ramai di sektor perhotelan dan travel ni so nak ke mana tu tak jadi hal..cuma budget je yang jadi hal haha.Bila saya nak kemana ni biasanya saya suka tempat yang siang dan malamnya hidup..tapi saya ni memang tak suka cuti jenis masuk dalam hutan ni kalau sorang takpa lehlayan gak tapi bila dah ader famili ni jadi macam susah lak.Hmm ikut hobi memasing lah ye.Memancing..? emm dulu minat sekarang tak lagi..dah mati dah kut hobi tu cause saya dah jumpa apa yang sesuai dengan jiwa saya..
Friday, July 9, 2010
mengomelll

Assalamualaikum salam sejahtera .Saya dan famili baru-baru ni menjelajah ke Melaka.Kerap juga ke Melaka.Bukan apa tempatnya dekat dari BSJ dan banyak kawasan menarik untuk di kunjungi.Dari air keroh sahaja dah terdapat bermacam-macam tempat menarik untuk di lawati.La ni dengarnya dah ader waterworld kat sana bestnya kalu dapat pergi.Emm tunggulah bila ada kelapangan.Tempat penginapan pula tak jadi masalah.Melaka menawarkan pelbagai hotel,chalet mahupun homestay.Tepuk dada tgklah wallet anda haha.Tapi bagi kami sekeluarga Hotel Straits Meridian merupakan pilihan utama.Terletak di tepi lebuhraya AMJ berdekatan dengan Masjid Al Azim dan pasaraya keluargaku ini memang best dan cukup selesa.Mula-mula dulu ingatkan hotel ni tak best sebab nampak dari luar sahaja kurang menarik.Tapi betullah kata orang jangan menilai buku dari kulitnya.Sekali masuk ke sini hati tertarik dengan perkhidmatan yang di berikan.Bukan sahaja harga yang berpatutan tapi cukup selesa dengan konsep apartment.
Dari sini nak ke pusat tumpuan ramai terutama di bandar hilir cukup mudah.nak ke Tesco ke Jaya Jusco ke mudah sekali.Kalau nak try ikan bakar melaka yang popular tu ha banyak pilihan bagi kami sekeluarga.Tapi wife saya ni lebih suka ke Alai.Apa nama kedai ikan bakar tu .Emm Alaaa Kassim kut kalau tak silap saya.Ok gak banyak pilihan dan yang penting harga pun berpatutan.Famili saya yang lain pun suka pergi sini.
Sesekali berjalan bersama famili ni best.Release tension dari kesibukan bekerja.Kami ni hampir setiap bulan mesti cari satu atau dua hari untuk bercuti.Emmaseronoknya.Duit?..pandai-pandailah simpankan.
Thursday, July 8, 2010
selamat pagi

salam pagi jumaat ni cerianya kehidupan.pagi2 lagi si aliff ni dah bangun bukan apa dia ada basikal baru.tidur pun dekat dengan basikal tu haduii.Tapi pakcik dia belikan warna hampir warna merah jambu lah, dah macam pink phanter la pulak.Ahh takpalah yang penting anak aku suka.Haha pagi2 lagi dah try kayuh.Emm dah bolehlah.Cepat anak membesar..semakin tambah beban tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa.Moga tuhan senantiasa merahmati keluarga kami.Emm esok nak kemana ya.Oh ya mungkin ke Felda Jelai nak menziarah abang long yang baru keluar dari hospital.Tapi kat sini TPM nak mai ada urusan rasmi perasmian Umno kat kawasan ni.Ok lah jumpa lagi nak melihat si aliff yang sedang leka mengayuh pink phanther haha.
Wednesday, July 7, 2010
kehidupan

salam dalam meniti usia yang semakin meningkat..usia hanyalah angka yang dicipta manusia untuk mengukur tahap kedewasaan dan tumbesaran manusia saya banyak mempelajari apa itu kehidupan sendiri.Dari kecil,remaja, dewasa memasuki alam persekolahan,pekerjaan juga saat manis bergelar suami dan bapa semua ini memerlukan pengorbanan dan juga pahit manis kehidupan sebelum kejayaan dicipta.Ohh jika tersilap langkah pasti ntah ke mana diri ini kala ini.Terima kasih tidak terhingga kepada ibu dan bapa en idris arip dan pn mariam bte amat serta seluruh kaum keluargaku juga isteri dan anak tersayang pn siti haizah dan aliff haikal yang tidak putus-putus memberikan sokongan dalam diri ini meniti kehidupan yang amat mencabar ini.Semoga Allah jua yang akan membalas budi dan jasa kalian keluargaku yang tercinta.Banyak nak di ceritakan tapi buat permulaan biarlah nukilan ini jadi permulaannya.Masa masih ada.
ke mana minggu ni

salam..kemana agaknya perjalanan yang akan di lalui.Tadi mak baru je fon mengingatkanku akan tarikh 11hb julai 2010 ni.Aduhaii hampur terlupa pula adikku liza ada majlis kahwin di cheras kuala lumpur.
Semak punya semak alamak 11 hb tu kerja pagi daaa.Aduii tgkla kalau ada kelapangan dan diizinNYA pergilah.
indahnya kehidupan
Assalamualaikum kepada anda yang berkesempatan melawat blog saya ini.First time nak cuba2 jadi blogger ni.Bukan apa saja nak melayan dan menyaingi kepandaian anak-anak sedara yang jauh lebih pandai dalam perkara ini.Emm maklumlah zaman saya mana nak ada semua ni.Zaman di kampung dulu nak nak cari komputer tu payah lah bukan zaman sekarang ni dah melambak-lambak,pelbagai jenis nak apa je semua ader.Pendek kata tepuk dada tanya selera dan RM lah ye apa lagi.
Opss apa lah saya ni merapu je keje haha memang saya suka bercakap.Maklumla memang dulu bercita-cita nak jadi cikgu atau pensyarah tapi tak kesampaian.Saya ni amat meminati travelling.Sama minat dengan wife tersayang Pn Siti Haizah.Malah anak kami juga Aliff Haikal tu yang baru je empat tahun maaa akan resah setiap hujung minggu tiba.Aii tu lah kerap sangat berjalan.Tapi buat masa sekarang ni tempat yang banyak di kunjungi hanya dalam Malaysia saja.Tempat-tempat lain tak berkesempatan lagi.
Saya akan ceritakan lagi tentang tempat-tempat yang menarik yang pernah kami kunjungi.Kalau anda juga ader persamaan nah mari kita kongsikan idea.Sekian dulu wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)
diri saya
- japari@jeps
- BSJ, negeri sembilan darul khusus, Malaysia
- diriku adalah insan biasa yang sama-sama bermusafir di alam ciptaan Ilahi