Friday, July 9, 2010

mengomelll


Assalamualaikum salam sejahtera .Saya dan famili baru-baru ni menjelajah ke Melaka.Kerap juga ke Melaka.Bukan apa tempatnya dekat dari BSJ dan banyak kawasan menarik untuk di kunjungi.Dari air keroh sahaja dah terdapat bermacam-macam tempat menarik untuk di lawati.La ni dengarnya dah ader waterworld kat sana bestnya kalu dapat pergi.Emm tunggulah bila ada kelapangan.Tempat penginapan pula tak jadi masalah.Melaka menawarkan pelbagai hotel,chalet mahupun homestay.Tepuk dada tgklah wallet anda haha.Tapi bagi kami sekeluarga Hotel Straits Meridian merupakan pilihan utama.Terletak di tepi lebuhraya AMJ berdekatan dengan Masjid Al Azim dan pasaraya keluargaku ini memang best dan cukup selesa.Mula-mula dulu ingatkan hotel ni tak best sebab nampak dari luar sahaja kurang menarik.Tapi betullah kata orang jangan menilai buku dari kulitnya.Sekali masuk ke sini hati tertarik dengan perkhidmatan yang di berikan.Bukan sahaja harga yang berpatutan tapi cukup selesa dengan konsep apartment.
Dari sini nak ke pusat tumpuan ramai terutama di bandar hilir cukup mudah.nak ke Tesco ke Jaya Jusco ke mudah sekali.Kalau nak try ikan bakar melaka yang popular tu ha banyak pilihan bagi kami sekeluarga.Tapi wife saya ni lebih suka ke Alai.Apa nama kedai ikan bakar tu .Emm Alaaa Kassim kut kalau tak silap saya.Ok gak banyak pilihan dan yang penting harga pun berpatutan.Famili saya yang lain pun suka pergi sini.
Sesekali berjalan bersama famili ni best.Release tension dari kesibukan bekerja.Kami ni hampir setiap bulan mesti cari satu atau dua hari untuk bercuti.Emmaseronoknya.Duit?..pandai-pandailah simpankan.

No comments:

Post a Comment

diri saya

BSJ, negeri sembilan darul khusus, Malaysia
diriku adalah insan biasa yang sama-sama bermusafir di alam ciptaan Ilahi