Wednesday, July 7, 2010

indahnya kehidupan

Assalamualaikum kepada anda yang berkesempatan melawat blog saya ini.First time nak cuba2 jadi blogger ni.Bukan apa saja nak melayan dan menyaingi kepandaian anak-anak sedara yang jauh lebih pandai dalam perkara ini.Emm maklumlah zaman saya mana nak ada semua ni.Zaman di kampung dulu nak nak cari komputer tu payah lah bukan zaman sekarang ni dah melambak-lambak,pelbagai jenis nak apa je semua ader.Pendek kata tepuk dada tanya selera dan RM lah ye apa lagi.
Opss apa lah saya ni merapu je keje haha memang saya suka bercakap.Maklumla memang dulu bercita-cita nak jadi cikgu atau pensyarah tapi tak kesampaian.Saya ni amat meminati travelling.Sama minat dengan wife tersayang Pn Siti Haizah.Malah anak kami juga Aliff Haikal tu yang baru je empat tahun maaa akan resah setiap hujung minggu tiba.Aii tu lah kerap sangat berjalan.Tapi buat masa sekarang ni tempat yang banyak di kunjungi hanya dalam Malaysia saja.Tempat-tempat lain tak berkesempatan lagi.
Saya akan ceritakan lagi tentang tempat-tempat yang menarik yang pernah kami kunjungi.Kalau anda juga ader persamaan nah mari kita kongsikan idea.Sekian dulu wassalam.

No comments:

Post a Comment

diri saya

BSJ, negeri sembilan darul khusus, Malaysia
diriku adalah insan biasa yang sama-sama bermusafir di alam ciptaan Ilahi