Thursday, August 18, 2011

HATI TENANG DARI KERIBUTAN


SALAM RAMADHAN
Selasa lepas lebih kurang jam 1pm aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari mak di kampungku di Kampung Mensudut Lama Segamat.Berita menyatakan bapaku en Idris Arip sekali lagi mengalami kesakitan akibat tidak mampu membuang air kecil.Mengidap BPH (Benign Prostat Hyperthropy) sejak 3 tahun lalu.Bergantung untuk buang air kecil kepada penggunaan CBD (chateter in situ atau folley chateter).Bergegas aku pulang jam 1 itu juga walaupun terpaksa meninggalkan tugasan di klinik.
Sampai di rumah ku lihat wajah sedih mak dan keperitan abah.Tidak mahu bertangguh lagi segera ku minta kedua mereka bersiap ke hospital.Abah ni bila dah sakit bawaklah kemana pun boleh saja.Kalau dah elok tak maunya dia ke hospital.sesampainya kami di Hospital Jempol abah ku bawa berbaring di katil.Dr SJ memeriksa keadaan bapa dan menyatakan terdapat seperti crystal pada belon chateter itu.Seperti yang ku jangka.Beliau menyatakan kepada abah bahawa dia perlu di rujuk ke HTAN di Kuala Pilah.
Redha ajelah.2 hari di kuala pilah...kesian tengok mak yang sabar menemani abah.Kami adik beradik datang kesemuanya melawat bapa.Terpaksa aku bercuti bagi membantu menguruskan abah.Walaupun terdapat sedikit kelewatan dari team kuala pilah.aku tak kisah kerana memahami keadaan mereka yang sama juga seperti diri aku ini.Terima kasih kepada layanan baik dan rawatan yang di terima sepanjang abah di wad 7 katil 12 HTAN.
Malam tadi barulah abah boleh tidur lena setelah chateter berjaya di keluarkan dan di ganti yang baru.Petang tadi lepas mengirim hehehe abag kepada along aku bolehlah sedikit menarik nafas lega..Sekian dulu nak menyambung keenakan tidooooo...

Wednesday, June 15, 2011

salam


Apa khabar...tetiba ingin menulis..hati terasa gusar minggu-minggu sudah.Mengapa....ntahla terasa ada satu ketidakcukupan didalam jiwa.Baru-baru ini, diri ini berkesempatan menjalani kursus di IKWAS di INTAN atau lebih tepat lagi di Kluang Johor.Pengisian ceramah yang baik dan tenang jiwa di sana.Namun lebih tenang lagi apabila terdapat satu sesi bersama seorang ustaz.Walaupun tidak lama..mungkin hanya 45 minit sahaja...namun begitu menusuk jiwa.
Kata-katanya lembut menikam jiwa...namun bliau telah memberikan satu petua yang mungkin diri saya terlupa.Apakah ia.Keagungan al-Quran.Yaaa...surah al-baqarah merupakan satu surah yang amat besar kelebihannya.Barulah terasa terubat jiwa yang lara ini.Apa kelebihannya...membacanya menyebabkan syaitan dan ibli tidak menghampiri anda dan keluarga serta rumah selama tiga hari.Itu baru sekali bacaan..jika hari-hari di amalkan...bayangkanlah.
Saya terasa begitu kerdil sekali di hadapanNYA.Jarang saya berbicara dengan tuhan yang satu.Membaca quran adalah juga merupakan perbicaraan kita dengan si pencipta.Terima kasih wahai ustaz yang terlupa namanya..maafkanlah diri ini.Memang benar kata-katanya.jiwa terasa lebih tenang dan terasa tidur-tidur selepas ini lebih nyenyak dan setiap jam enam pagi sudah terjaga untuk solat subuh.semoga hati ini tidak dibalikkan ke arah yang tidak baik.

Thursday, March 3, 2011

selamat jumpa lagi


salam..dah lama tak menulis..sibuk memanjang...(org lain pun sibuk juga) :> untuk tahun ni ada acara penting tunggu ajalah ye...zzzz

Tuesday, July 20, 2010


assalamualaikum hai apa khabar lama dah tak menulis maklumlah sibuk dengan tugasan harian dan famili.Dah bulan julai dah tak lama lagi nak ke bulan puasa.Kami tak sabar menunggu time datangnya bulan yang mulia itu.Bukan apa time bulan puasa itu nanti pelbagai macam dugaan dari Allah yang Satu kepada hambaNYA yang lemah dapat kita saksikan.Ada saja cara dan helah dapat dilihat untuk mengelakkan dari berpuasa.Emm apalah salahnya bukan lama pun itupun hanya di siang hari sahaja.Mlm tu penuhilah waktu dengan memperbanyakkan amal ye tak.Moga-moga tahun ni dapatlah berterawih penuh.Tapi dah tugas nak buat camner.Dua-dua pun perlu dicari dunia dan akhirat perlu seimbang juga kan.Isteri tiap-tiap sahur bangun kejut kami anak beranak.Adoii malasnya nak bangun sahurkan..Tapi kesian lak kat wife penat dia bangun buatlah apa yang ada janji ada yang masuk ke perut udahlah ye.Emm saya sekeluarga menanti kehadiran ramadhan ini walau kata org jauh lagi tapi auranya sudah terasa..jumpa lagi tetiba idea menulis takde pulak.Wassalam

Tuesday, July 13, 2010

CerTa MiNGgu inni


Salam...dah hari rabu dah....cepatnya masa ni berlalu dah pertengahan bulan julai tak lama lagi bulan ogos.Dalam bulan ogos ni bulan ramadhan pun menjelma.Uiii masa la ni makin cepat berlalu.Bukan je masa tapi usia dan urusan kita pun rasa cepat tika dan waktunya.Emm takleh nak tidurlah malam tadi pun tak lena sangat...maklumlah bertugas waktu malam.Bidang perkhidmatan perubatan ni mencabar minda juga fizikal.Apa nak buat dah tugas ye tak..Emm minggu ni cadangnya nak travel lagi kemana arah nak di tuju tu belum pasti lagi ada banyak tempat pilihan..Anak saya dah rindu kat melaka..salah satu tempat planning nak di tuju tapi ada banyak masa lagi.Rakan-rakan ramai di sektor perhotelan dan travel ni so nak ke mana tu tak jadi hal..cuma budget je yang jadi hal haha.Bila saya nak kemana ni biasanya saya suka tempat yang siang dan malamnya hidup..tapi saya ni memang tak suka cuti jenis masuk dalam hutan ni kalau sorang takpa lehlayan gak tapi bila dah ader famili ni jadi macam susah lak.Hmm ikut hobi memasing lah ye.Memancing..? emm dulu minat sekarang tak lagi..dah mati dah kut hobi tu cause saya dah jumpa apa yang sesuai dengan jiwa saya..

Friday, July 9, 2010

mengomelll


Assalamualaikum salam sejahtera .Saya dan famili baru-baru ni menjelajah ke Melaka.Kerap juga ke Melaka.Bukan apa tempatnya dekat dari BSJ dan banyak kawasan menarik untuk di kunjungi.Dari air keroh sahaja dah terdapat bermacam-macam tempat menarik untuk di lawati.La ni dengarnya dah ader waterworld kat sana bestnya kalu dapat pergi.Emm tunggulah bila ada kelapangan.Tempat penginapan pula tak jadi masalah.Melaka menawarkan pelbagai hotel,chalet mahupun homestay.Tepuk dada tgklah wallet anda haha.Tapi bagi kami sekeluarga Hotel Straits Meridian merupakan pilihan utama.Terletak di tepi lebuhraya AMJ berdekatan dengan Masjid Al Azim dan pasaraya keluargaku ini memang best dan cukup selesa.Mula-mula dulu ingatkan hotel ni tak best sebab nampak dari luar sahaja kurang menarik.Tapi betullah kata orang jangan menilai buku dari kulitnya.Sekali masuk ke sini hati tertarik dengan perkhidmatan yang di berikan.Bukan sahaja harga yang berpatutan tapi cukup selesa dengan konsep apartment.
Dari sini nak ke pusat tumpuan ramai terutama di bandar hilir cukup mudah.nak ke Tesco ke Jaya Jusco ke mudah sekali.Kalau nak try ikan bakar melaka yang popular tu ha banyak pilihan bagi kami sekeluarga.Tapi wife saya ni lebih suka ke Alai.Apa nama kedai ikan bakar tu .Emm Alaaa Kassim kut kalau tak silap saya.Ok gak banyak pilihan dan yang penting harga pun berpatutan.Famili saya yang lain pun suka pergi sini.
Sesekali berjalan bersama famili ni best.Release tension dari kesibukan bekerja.Kami ni hampir setiap bulan mesti cari satu atau dua hari untuk bercuti.Emmaseronoknya.Duit?..pandai-pandailah simpankan.

diri saya

BSJ, negeri sembilan darul khusus, Malaysia
diriku adalah insan biasa yang sama-sama bermusafir di alam ciptaan Ilahi