Thursday, August 18, 2011

HATI TENANG DARI KERIBUTAN


SALAM RAMADHAN
Selasa lepas lebih kurang jam 1pm aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari mak di kampungku di Kampung Mensudut Lama Segamat.Berita menyatakan bapaku en Idris Arip sekali lagi mengalami kesakitan akibat tidak mampu membuang air kecil.Mengidap BPH (Benign Prostat Hyperthropy) sejak 3 tahun lalu.Bergantung untuk buang air kecil kepada penggunaan CBD (chateter in situ atau folley chateter).Bergegas aku pulang jam 1 itu juga walaupun terpaksa meninggalkan tugasan di klinik.
Sampai di rumah ku lihat wajah sedih mak dan keperitan abah.Tidak mahu bertangguh lagi segera ku minta kedua mereka bersiap ke hospital.Abah ni bila dah sakit bawaklah kemana pun boleh saja.Kalau dah elok tak maunya dia ke hospital.sesampainya kami di Hospital Jempol abah ku bawa berbaring di katil.Dr SJ memeriksa keadaan bapa dan menyatakan terdapat seperti crystal pada belon chateter itu.Seperti yang ku jangka.Beliau menyatakan kepada abah bahawa dia perlu di rujuk ke HTAN di Kuala Pilah.
Redha ajelah.2 hari di kuala pilah...kesian tengok mak yang sabar menemani abah.Kami adik beradik datang kesemuanya melawat bapa.Terpaksa aku bercuti bagi membantu menguruskan abah.Walaupun terdapat sedikit kelewatan dari team kuala pilah.aku tak kisah kerana memahami keadaan mereka yang sama juga seperti diri aku ini.Terima kasih kepada layanan baik dan rawatan yang di terima sepanjang abah di wad 7 katil 12 HTAN.
Malam tadi barulah abah boleh tidur lena setelah chateter berjaya di keluarkan dan di ganti yang baru.Petang tadi lepas mengirim hehehe abag kepada along aku bolehlah sedikit menarik nafas lega..Sekian dulu nak menyambung keenakan tidooooo...

Wednesday, June 15, 2011

salam


Apa khabar...tetiba ingin menulis..hati terasa gusar minggu-minggu sudah.Mengapa....ntahla terasa ada satu ketidakcukupan didalam jiwa.Baru-baru ini, diri ini berkesempatan menjalani kursus di IKWAS di INTAN atau lebih tepat lagi di Kluang Johor.Pengisian ceramah yang baik dan tenang jiwa di sana.Namun lebih tenang lagi apabila terdapat satu sesi bersama seorang ustaz.Walaupun tidak lama..mungkin hanya 45 minit sahaja...namun begitu menusuk jiwa.
Kata-katanya lembut menikam jiwa...namun bliau telah memberikan satu petua yang mungkin diri saya terlupa.Apakah ia.Keagungan al-Quran.Yaaa...surah al-baqarah merupakan satu surah yang amat besar kelebihannya.Barulah terasa terubat jiwa yang lara ini.Apa kelebihannya...membacanya menyebabkan syaitan dan ibli tidak menghampiri anda dan keluarga serta rumah selama tiga hari.Itu baru sekali bacaan..jika hari-hari di amalkan...bayangkanlah.
Saya terasa begitu kerdil sekali di hadapanNYA.Jarang saya berbicara dengan tuhan yang satu.Membaca quran adalah juga merupakan perbicaraan kita dengan si pencipta.Terima kasih wahai ustaz yang terlupa namanya..maafkanlah diri ini.Memang benar kata-katanya.jiwa terasa lebih tenang dan terasa tidur-tidur selepas ini lebih nyenyak dan setiap jam enam pagi sudah terjaga untuk solat subuh.semoga hati ini tidak dibalikkan ke arah yang tidak baik.

Thursday, March 3, 2011

selamat jumpa lagi


salam..dah lama tak menulis..sibuk memanjang...(org lain pun sibuk juga) :> untuk tahun ni ada acara penting tunggu ajalah ye...zzzz

diri saya

BSJ, negeri sembilan darul khusus, Malaysia
diriku adalah insan biasa yang sama-sama bermusafir di alam ciptaan Ilahi